Saturday, August 7, 2010

Biskut Jejari Coklat

Bahan-Bahan:
100 gm mentega lembut
50 gm gula aising
125 gm tepung gandum - diayak
25 gm tepung jagung
1 sudu teh perisa oren
100 gm coklat cair
Sedikit badam dicincang untuk hiasan

Cara menyediakannya:
1. Pukul mentega, gula selama 2 minit.
2. Kemudian masukkan tepung gandum bersama tepung jagung dan gaul hingga rata.
3. Masukkan dalam piping bag dan bentukkan menjadi seperti jejari.
4. Bakar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit.
5. Apabila sejuk, celupkan coklat dan tabur badam di atasnya.

2 comments:

  1. Salam;

    mohon ambil resepi ye.. saya mmg sdg google resipi choc stick.. nak cari terbaik and insyallah will try yr resepi ni..

    ReplyDelete
  2. salam... Silakan... Resepi2 di sini mmg utk semua... ^__^

    ReplyDelete